shahidah_sf

AHB Kaunter Cantik Uptrend Tapi 9 Mei ESOS kena Hati-hati!

MYX:AHB   AHB HOLDINGS BHD

Kaunter : AHB
Sektor: Produk & Servis Pengguna

Tempoh masa satu hari:

1. Secara keseluruhannya kaunter dalam keadaan 'strong uptrend':
Harga (candle) berada di atas ema 20,50,100 dan atas sma 200
2. Ema 20 telah bersilang di atas ema 50 petanda kenaikan kuat berlaku (kaunter sesuai untuk swing)
3. RSI atas 50 = bullish trend
4. Kaunter di atas mid BB & BO upper BB (belian kuat)
5. Susunan trafik merah,kuning,hijau petanda kaunter uptrend & trending

Tempoh masa pendek 30 minit & 1 jam ada petanda harga menuruh di mana stochrsi biru telah bersilang ke bawah merah. Dijangkakan harga akan turun terlebih dahulu
sebelum meneruskan kenaikan.

Walaupun kaunter ini secara keseluruhannya adalah uptrend namun pada hari Isnin 9 Mei adalah ESOS maka keberangkalian pemegang saham yang mendapat harga jauh lebih murah 15 sen akan mula ambil untung. Maka silalah trade dengan berhati-hati dan dinasihatkan memasang trailing stop atau menyediakan pelan dagangan ep,cl,tp. Perlu tahu dimana harga perlu anda keluar & tp.

Contoh pelan dagangan adalah seperti berikut:
EP 190 (support gann)
CL 180 (dijangkakan jika harga bocor 180 keberangkalian harga membuat tren menurun adalah tinggi-sila rujuk chart)
TP 245 (1 bid di bawah gann resistance )
TP2 295 (resistance swing high tertinggi sebelum dalam tahun ini 2022)

Sekadar kajian untuk tujuan pembelajaran semata-mata. #tayor

Frånsägelse av ansvar

Informationen och publikationerna är inte avsedda att vara, och utgör inte heller finansiella, investerings-, handels- eller andra typer av råd eller rekommendationer som tillhandahålls eller stöds av TradingView. Läs mer i Användarvillkoren.