MYX:MRDIY   MR D.I.Y. GROUP (M) BERHAD
Anda boleh melihat garisan lurus yang panjang daripada bawah sehingga ke atas. Sekurang-kurangnya terdapat 2 kali lantunan apabila candle menyentuh support trendline.

Kini saham MRDIY sedang berada di trendline support.

Antara kata-kata yang masyhur dalam dunia saham adalah 'history repeat itself'. Kita lihat apa yang akan berlaku selepas ini.

Antara setup trading plan yang menarik adalah apabila semakin kurang risiko yang kita akan tanggung.

Dari sudut FA, MRDIY antara saham recovery sector yang berpotensi. Kita sendiri dapat lihat bagaimana harga IPO rm1.5 tetapi telah mencapai RM4.385 pada paras ATH yang lepas. Bak kata sifu saya Cikgu Najib Fazail 'terdapat cerita dalam setiap kenaikan harga saham'.

Apa pula pendapat anda?

Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk/entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.

Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk ke dalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .

#TAYOR #BAYOR
Frånsägelse av ansvar

Informationen och publikationerna är inte avsedda att vara, och utgör inte heller finansiella, investerings-, handels- eller andra typer av råd eller rekommendationer som tillhandahålls eller stöds av TradingView. Läs mer i Användarvillkoren.