Meem

SOP: Isyarat Pembetulan?

MYX:SOP   SARAWAK OIL PALMS BHD
SOP dilihat membuat kenaikan sejak minggu dagangan sebelum ini seiring dengan kenaikan kaunter perladangan yang lain

Harga dilihat membuat kenaikan berterusan melebihi 8 hari dagangan yang dianggap merupakan anomali pergerakan
Lilin pada hari dagangan sebelum ini dilihat seakan membentuk corak lilin 'hanging man' yang kebiasaanya merupakan isyarat kelemahan
Lilin pada hari terkini dagangan juga dilihat tutup lebih rendah berbanding hari sebelumnya
Petunjuk RSI juga dilihat sudah berada di zon 'overbought' pada selang masa harian dan mingguan
Petunjuk volum juga dilihat semakin berkurang tatkala harga membuat tinggi yang baharu

Menarik untuk diperhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Frånsägelse av ansvar

Informationen och publikationerna är inte avsedda att vara, och utgör inte heller finansiella, investerings-, handels- eller andra typer av råd eller rekommendationer som tillhandahålls eller stöds av TradingView. Läs mer i Användarvillkoren.