naimmp98

DNEX (Waktu Rehat Berakhir?)

MYX:DNEX   DAGANG NEXCHANGE BERHAD
Sektor:
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Integrated Immigration System, Semiconductors.

Idea analisis:
~Teknikal~
- DNEX sebelum ini membuat BB squeeze kemudiannya breakout dan membuat kenaikan parabolic dengan menjadikan mid bb sebagai dinamic support.
-Kemudian muncul signal 'weak bearish divergence' menolak harga jatuh kebawah sehingga harga jatuh di atas lower bb.
- Kemudian muncul signal 'strong bullish divergence' menaikkan semula harga ke atas.
- Harga mula rebound dan breakout mid bb dengan volume yang signifikan. MACD juga cross up sehingga naik ke atas paras 0
- Jika harga mampu bertahan di atas mid bb, DNEX berpotensi menuju ke paras harga RM 1.030.
- Signal divergence juga boleh diperhatikan kerana dua signal divergence sebelum ini memberi impak yang besar kepada pergerakan harga.

~Fundamental~
- iSaham mengkategorikan syarikat DNEX sebagai 'negative earnings'. Anda tidak disarankan untuk membeli saham ini jika anda belum mahir cutloss.
- Keuntungan DNEX menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -65.43% dan -111.25%.
- Perolehan DNEX juga menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -29.17% dan -22.52%.

Nota kaki:
* Bollinger Squeeze = Bollinger bands yang merapat disebabkan harga mula bergerak sideways / mendatar.
* Lower BB = Lower Bollinger Band yang merupakan garisan bawah bagi bollinger bands.
* Mid BB = Middle Bollinger Band yang juga merupakan MA 20 merupakan garis tengah bagi bollinger bands.
* Upper BB = Upper Bollinger Band merupakan garisan atas bagi bollinger bands. Garisan ini boleh dijadikan harga untuk take profit (TP).
* Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI mendatar.
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi stochastic RSI menaik (higher low).
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'dinamic support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Frånsägelse av ansvar

Informationen och publikationerna är inte avsedda att vara, och utgör inte heller finansiella, investerings-, handels- eller andra typer av råd eller rekommendationer som tillhandahålls eller stöds av TradingView. Läs mer i Användarvillkoren.